ANTARA perkara yang menjadi keutamaan selepas bergelar wakil rakyat, adalah untuk merancakkan sektor ekonomi penduduk di Kukusan. Malangnya akibat kekangan pandemik COVID-19, program berkaitan terbatas. Alhamdulillah, keadaan kini semakin pulih, maka saya berusaha sehabis baik untuk membantu peniaga-peniaga kecil khususnya…
SEKITAR Majlis Perasmian Penutupan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Tawau, di Dataran MPT, semalam. Cukup meriah kehadiran orang-orang Tawau yang turut menyumbang kepada pendapatan jualan peniaga-peniaga di situ. Tahniah kepada pihak penganjur dan hadirin yang datang. RINA HJ JAINALTIMBALAN PRESIDEN…
Pejabat DUN N70 Kukusan menerima permohonan keluarga Encik Rajali Haris yang memerlukan sebuah tangki untuk simpanan bekalan air. Untuk makluman, mereka sekeluarga (12 orang) tinggal di Tanjung Batu dan kawasan ini sering berdepan masalah bekalan air terputus. Semoga tangki air…
SELAMAT pengantin baharu kepada Noraziela Masse dan suami, Saprianshah Syahranie, yang berlangsung di Kampung Pasir Putih Baru, semalam. Kak Rina doakan semoga berbahagia selalu, dan Selamat menempuh alam perkahwinan. Bertolak ansur dan saling melengkapi adalah antara kunci kebahagiaan rumah tangga.…
BUAT julung kali, saya bersama team Pejabat DUN N70 Kukusan menyertai perayaan yang disambut oleh masyarakat Tiong Hua di tapak terbuka Hill Top, Jalan Utara. Inilah yang perlu kita amalkan. Saling menghormati dan mengenali budaya dalam setiap masyarakat majmuk yang…
Pejabat DUN N70 Kukusan terus komited dalam membantu persatuan dan institusi pendidikan yang memerlukan. Persatuan Suku Mandar, Tawau. Program Sabah Gaming Carnival 2022. Program Leadership Camping, Institut Sains dan Pengurusan (ISM). Semoga terus berjaya dalam apa juga aktiviti yang dirancang.…
INGATKAH anda akan gelombang kuning Fun Ride MyKukusan Sejahtera tahun lalu? Lebih 150 basikal folding menyertai program tersebut. Berikutan sambutan yang luar biasa dan permintaan hangat, kami sekali lagi mengambil inisiatif menganjurkan Fun Ride 2.0 sempena Karnival MyKukusan Sejahtera 2022…
SEBANYAK 30 tapak gerai jualan disediakan kepada peniaga sekitar Tawau dan Kalabakan sepanjang dua hari Karnival MyKukusan Sejahtera 2022 berlangsung, minggu depan. Semalam, semua peniaga berkaitan menghadiri taklimat dan cabutan undi tapak gerai jualan karnival di Pejabat DUN N70 Kukusan.…
PEJAM celik, pejam celik, kira-kira seminggu saja lagi Karnival MyKukusan Sejahtera 2022 akan berlangsung pada 17 dan 18 September 2022. Ketika ini, kerja-kerja persiapan khususnya membabitkan tapak karnival, tentatif dan sebagainya sedang giat dilakukan. Pelbagai aktiviti menarik bakal menanti pengunjung…
Sumbangan Pejabat ADUN N70 Kukusan kepada wakil pasukan bicara berirama SK Tanjung Batu Keramat yang akan bertanding di Peringkat Kebangsaan di Johor. Selamat maju jaya. Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan. ATAU, Whatsapp…