Sumbangan Untuk PIBG Sekolah Sekitar Kukusan

SEJAK menyertai Parti Harapan Rakyat Sabah yang mesra Kerajaan, banyak kerjasama terjalin antara saya, team Pejabat DUN N70 Kukusan dengan sekolah-sekolah sekitar Kukusan.

Alhamdulillah, sebelum berakhir sesi persekolahan 2022, banyak peruntukan yang berjaya diluluskan dan diberikan kepada pihak sekolah serta berjaya dilaksanakan.

Sebahagian lagi masih dalam proses dan InsyaAllah saya akan pastikan ia dilaksanakan sebaik mungkin.

Sejak Jun lalu, peruntukan pembangunan pendidikan berjaya saya perolehi untuk disalurkan kepada semua sekolah di Kukusan.

Sumbangan kali ini diberikan kepada Tabung PIBG bagi Sekolah

1. SJKC Yuk Chin

2. SK Bandar Tawau I

3. SMK Jambatan Putih

Selamat maju jaya semua.

RINA HJ JAINAL
TIMBALAN PRESIDEN PARTI HARAPAN RAKYAT SABAH
merangkap ADUN N70 KUKUSAN

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.