Kempen Derma Darah 2022 Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat)

TAWAU: Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) akan mengadakan Kempen Derma Darah 2022 buat julung kalinya di Tabung Hospital Tawau pada Oktober 23, 2022 (Ahad), bermula dari Jam 8 Pagi sehingga Jam 4 Petang.

Pengerusi Penganjur Encik Lim Yin Kat berkata, tema bagi Kempen Derma Darah pada kali ini adalah ‘Setitis Darah, Selamatkan Nyawa’.

Objektif aktiviti amal ini ialah memastikan bekalan darah di Tabung Darah Hospital Tawau adalah mencukupi bagi menyelamatkan nyawa manusia dengan satu bag darah yang mampu menyelamatkan tiga nyawa manusia. Ia juga merupakan satu ibadah khususnya dapat membantu mereka yang memerlukan.

Ahli jawatankuasa penganjur sedang giat melaksanakan kerja-kerja persediaan. Selain membeli hadiah, pihak penganjur juga bekerjasama dengan pihak peniaga dan sektor swasta dalam menyediakan hadiah berupa makanan dan minuman kepada penderma darah yang berjaya. Adalah diharapkan Kempen Derma Darah ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Menurut Lim, pihak penganjur telah menetapkan sasaran 200 pin darah bagi kempen derma darah pada kali ini. Mereka yang berjaya menderma darah akan diberi hadiah yang mengandungi satu kapit beras, satu kotak telur (10 biji), satu bungkus gula, satu bungkus tepung, satu bungkus Mihun, biskut, sos, 3 in 1 Nescafe, minuman Malta dan cecair sanitasi tangan. Minuman ringan juga akan disediakan pada hari tersebut.

Lim berkata, menderma darah secara teratur mempunyai banyak manfaat kepada tubuh badan.Ia dapat mengurangkan kelikatan darah dengan berkesan dan mencegah pelbagai penyakit. Bukan itu sahaja, darah juga boleh membantu manusia menghadapi kesukaran hidup, termasuk kecederaan akibat kemalangan, pesakit kanser, melecur yang teruk, pembedahan pembedahan dan pemindahan organ, pesakit denggi, pesakit talasemia, dan maut. Pesakit yang teruk, serta bayi pramatang dan ibu yang baru melahirkan anak.

Justeru, beliau mengajak orang ramai agar menyahut aktiviti amal yang penuh bermakna ini demi menyelamatkan lebih ramai nyawa.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.