Berkesempatan melakukan lawatan di Lapangan Terbang Tawau. Sebagai wakil rakyat, saya melihat akses lapangan terbang juga sebagai salah satu akses penyumbang kepada ekonomi di Tawau dan beberapa daerah berhampiran. Sebagai salah seorang pengguna di Lapangan Terbang Tawau, saya sendiri dapat…
Hujung minggu saya bersama adik-adik SK Kukusan sempena Perkhemahan Gabungan Unit Beruniform. Seramai 120 murid SK Kukusan menyertai perkhemahan kali ini. Program ini dilihat dapat melatih adik-adik kita untuk membina semangat bekerjasama, berfikiran secara kreatif dan kritis serta tolong menolong…
Tahniah saya ucapkan kepada KRT dan penduduk Taman Semarak Jaya kerana mengambil inisiatif menganjurkan Pelancaran Kibar Jalur Gemilang, hari ini. Saya memohon maaf kerana tidak dapat hadir sama, atas faktor urusan lain yang tidak dapat dielakkan. Parti Harapan Rakyat Sabah…
Memenuhi undangan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Bandar Datuk Dr Lee Chin Khiong dan Pengarah Kebajikan Am Negeri Sabah Encik Jais Asri, menghadiri taklimat Program HOMEWARD di Pejabat JKM Cawangan Tawau. Difahamkan, menerusi program ini, pakar fisio dan…
Tahniah kepada orang Kukusan, Kak Sam atas pembukaan pejabat operasi SS Fast Sdn Bhd, Cawangan Tawau di bangunan Sthamin Hypermarket, baru-baru ini. Saya mengenali Kak Sam sebagai wanita yang cekal, kuat semangat dan rajin berusaha dalam mencari rezeki membantu keluarga.…
Saya teruskan lawatan kerja dan kunjungan hormat di Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Tawau. Dalam pertemuan ringkas tersebut, kami sempat berkongsi idea dan perancangan berkaitan aktiviti membanteras penagihan dadah dalam kalangan masyarakat khususnya di Kukusan. InsyaAllah, saya, team Pejabat…
Saya mendapat maklumat mengenai kecemerlangan empat anak Sabah dalam Sukan Pencak Silat Dunia yang berlangsung di Melaka, baru-baru ini. Seramai empat orang atlet kelahiran Negeri Sabah dinobatkan JUARA DUNIA dengan memenangi pingat 4 Emas, 1 Perak dan 3 Gangsa di…
Saya turut berkesempatan mengadakan lawatan kerja ke pejabat Jabatan Perancang Bandar Dan Wilayah Negeri Sabah (JPBW) di Kota Kinabalu, baru-baru ini. Kehadiran saya dan team Pejabat ADUN N70 Kukusan disambut Pengarah JPBW Tuan Augus Tamaning. Banyak perbincangan mengenai perancangan pembangunan…
Sosok seorang pemimpin yang disanjungi ramai kerana jiwanya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pergi menghadap Ilahi, semalam. Beliau juga cukup berhati-hati dalam membelanjakan duit rakyat ketika memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan dilindungi Allah SWT.…
Minggu lalu, saya bersama team Pejabat ADUN N70 Kukusan mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Konsulat Republik Indonesia di Megah Jaya. Kehadiran kami disambut mesra Ketua Perwakilan KRI, Ibu Heni Hamidah bersama pegawai. Saya cukup berbesar hati apabila dapat bertemu sendiri…