Kunjungan Hormat Ke Konsulat Republik Indonesia

Minggu lalu, saya bersama team Pejabat ADUN N70 Kukusan mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Konsulat Republik Indonesia di Megah Jaya.

Kehadiran kami disambut mesra Ketua Perwakilan KRI, Ibu Heni Hamidah bersama pegawai.

Saya cukup berbesar hati apabila dapat bertemu sendiri dengan Ibu Heni, sosok pemimpin wanita dari negara jiran yang penuh dengan inspirasi.

Bukan calang-calang orang boleh duduk di kerusi Konsul RI Tawau. Malah saya difahamkan beliau adalah wanita pertama yang ditugaskan sebagai konsul di situ.

Banyak perkara yang kami bincangkan termasuk perancangan bersama dalam memantapkan hubungan kerjasama antara Indonesia dan Sabah khususnya daerah Tawau/Kalabakan serta program pemerkasaan wanita.

Semoga ia dapat direalisasikan.

RINA HJ JAINAL
TIMBALAN PRESIDEN PARTI HARAPAN RAKYAT SABAH
merangkap ADUN N70 KUKUSAN

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.