Menghadiri Taklimat Program HOMEWARD di Pejabat JKM Cawangan Tawau

Memenuhi undangan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Bandar Datuk Dr Lee Chin Khiong dan Pengarah Kebajikan Am Negeri Sabah Encik Jais Asri, menghadiri taklimat Program HOMEWARD di Pejabat JKM Cawangan Tawau.

Difahamkan, menerusi program ini, pakar fisio dan jururawat di rumah dari Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah juga disediakan (datang ke rumah pesakit) mengikut keperluan atas nasihat pakar perubatan.

Program Homeward ini adalah antara program Sabah Maju Jaya untuk membantu masyarakat Sabah yang memerlukan.

Saya turut berkesempatan melawat rumah seorang pesakit di Balung, Tawau yang menerima manfaat daripada program HOMEWARD ini.

InsyaAllah, program ini turut disediakan kepada penduduk di mukim Kukusan juga.

Terima kasih JKM.

RINA HJ JAINAL
TIMBALAN PRESIDEN PARTI HARAPAN RAKYAT SABAH
merangkap ADUN N70 KUKUSAN

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.