Hari Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri yang Keenam Belas

Hari kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri yang Keenam Belas membentangkan RUU untuk meminda Enakmen Kumpulan Wang Amanah Kerajaan 1964 bagi menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Khas Negeri Sabah, bagi menguntukkan peruntukan untuk menampung kekurangan dana bagi program berhubungan dgn pencegahan dan pemulihan bencana, pembasmian kemiskinan dan penyediaan infrastruktur dan utiliti serta kemudahan perkhidmatan sosial.

Pindaan RUU disokong penuh oleh ahli sidang agar peruntukkan dari kerajaan pusat dapat dimanfaatkan sepenuhnya memenuhi keperluan rakyat Sabah yang telah dibentang oleh Menteri Kewangan YB DSP Masidi Manjun.

Turut dibentang pada hari ini adalah RUU Undang-undang Keluarga Islam (Pindaan) 2023 dan RUU Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Pindaan) 2023 yang dibacakan oleh Menteri Tugas-Tugas Khas YB Datuk Arifin Arif.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.