





Sambutan Hari Peringatan Sedunia Persatuan Pandu Puteri Malaysia Peringkat Daerah Tawau telah berlangsung dengan jayanya kemarin bertempat di Dewan Tun Ahmadsyah, Kolej Vokasional Tawau.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang program, antaranya:
- Perarakan masuk panji-panji
- World Song dan Thinking Day
- Pembaharuan Persetiaan
Program ini bukan sahaja meraikan Hari Peringatan Sedunia, tetapi juga mengukuhkan semangat kepimpinan, sahsiah, dan kerjasama antara ahli-ahli Pandu Puteri dari seluruh daerah.
Tahniah dan syabas kepada semua peserta, guru penasihat, dan jawatankuasa penganjur atas komitmen yang luar biasa!
Semoga semangat Pandu Puteri terus berkembang dan menginspirasikan generasi muda kita.
Tos ! Tos ! Tos !