Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

Sempatkan Waktu

Perginya Seorang Penggerak Wanita

Bersatu, Kita Jaga Komuniti

Tindakan Segera, Demi Keselamatan Komuniti

Ziarah Kasih Kukusan

Ibu-Ibu Yang Saya Sayang

 Pusat Autisme Sabah (PAUS) Pertama Di Tawau – Langkah Besar Untuk Anak Istimewa

Hari ini memasuki hari kedua sesi pertemuan dan perbincangan di Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA).

Saya bersama YB Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Julita Majungki; Pengarah JPKA Negeri Sabah, Tuan Jais; serta seluruh warga kerja JPKA Sabah bagi meneliti keperluan semasa serta hala tuju kebajikan rakyat di negeri ini.

Antara fokus utama yang dibincangkan ialah pengukuhan perlindungan sosial, peningkatan keberkesanan bantuan, serta memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat akses kepada sokongan yang sewajarnya.

InsyaAllah, tahun hadapan Tawau bakal menerima Pusat Autisme Sabah (PAUS) pertama di Tawau. sebuah inisiatif di bawah JPKA untuk menyediakan intervensi awal, sokongan profesional dan fasiliti lebih teratur kepada anak-anak autisme serta keluarga mereka.

Ini satu langkah besar ke arah perkhidmatan kebajikan yang lebih inklusif dan berfokus.

Terima kasih kepada seluruh pasukan JPKA Sabah atas komitmen dan dedikasi yang tinggi. Semoga kerjasama erat ini terus membawa manfaat kepada rakyat Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.