Program Gotong Royong Mega Sempena Hari Warga Tua Peringkat Daerah Tawau

HARI ini, saya telah menghadiri dan merasmikan Program Gotong Royong Mega sempena sambutan Hari Warga Tua Peringkat Daerah Tawau, d Rumah Warga Tua Air Panas.

Dianggarkan 100 individu terdiri daripada agensi kerajaan, NGO dan sukarelawan hadir bagi menjayakan program berkenaan.

Dalam ucapan ringkas, saya turut menyampaikan hasrat agar lebih ramai pihak tampil membuat kerja amal di Rumah Orang Tua Air Panas berkenaan secara berkala dan berterusan.

Selain dapat memupuk semangat kekitaan, kerjasama dan sebagainya, program seperti ini juga mampu membantu warga emas untuk sentiasa dihargai dan tidak merasa tersisih oleh masyarakat.

Tahniah kepada hampir 30 agensi terlibat yang menjayakan program ini.

RINA HJ JAINAL
SETIAUSAHA POLITIK KEMENTERIAN KEWANGAN NEGERI SABAH
merangkap ADUN N70 KUKUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.