Isu Pembatalan Ordinan Darurat Diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berkaitan dengan isu pembatalan ordinan darurat seperti diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan menerusi ‘taklimat’ Parlimen pada 26 Julai lalu.

Saya menganggap ia sebagai isu penting untuk dibahas kerana bukan sahaja diumumkan batal sejak 21 Julai lalu tanpa ada sebarang pemakluman umum kepada orang ramai.

Ada 3 perkara yang menteri utarakan termasuk Kerajaan Persekutuan tidak akan menasihatkan Agong untuk mengisytiharkan proklamasi darurat baharu selepas 1 Ogos 2021.

Namun, Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan media hari ini yang antara lain menyentuh PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKKAN KUASA PENGGUBALAN DAN PEMBATALAN ORDINAN-ORDINAN DARURAT TERLETAK PADA SERI PADUKA BAGINDA YDPA.

Justeru, Agong menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan DS Takiyuddin dan Kerajaan yang membatalkan semua Ordinan Darurat.

BAGINDA TURUT MENEGASKAN BAHAWA KENYATAAN DS TAKIYUDDIN ADALAH TIDAK TEPAT DAN MENGELIRUKAN AHLI DEWAN RAKYAT.

Adakah tindakan DS Takiyuddin itu menggambarkan kerajaan hari ini cuba membelakangkan Agong?

Berbalik kepada ‘skandal’ pembatalan semua ordinan darurat yang diumumkan kepada public, minggu ini, Menteri berkenaan hanya akan memaklumkan lebih lanjut mengenainya pada Isnin depan. Nampak seperti tiada persiapan langsung, atau cuba ‘cuci tangan’ dengan ‘damage’ yang mereka telah buat sepanjang perlaksanaan proklamasi darurat?

Seolah-olah mereka cuba lari daripada kegagalan mereka menangani COVID-19 yang semakin meningkat saban hari.

Daulat Tuanku.

YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.