Parlimen Ditangguhkan Petang Semalam Sehingga Isnin Depan

Assalamualaikum www dan salam sejahtera.

Niat pagi tadi buka TV untuk menonton perkembangan Parlimen. Lupa pula Parlimen ditangguhkan petang semalam sehingga Isnin depan disebabkan ada 4 kes positif COVID-19 di Parlimen.

Itupun selepas pada sebelah pagi berlaku pendedahan kenyataan media Istana Negara mengenai penipuan yang dilakukan Menteri dan Kerajaan mengenai pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat.

Bukankah pembukaan Parlimen itu perlu mematuhi SOP, termasuk pemakaian mask, penjarakan, pemeriksaan suhu dan sebagainya, malah swab test diperlukan termasuk suntikan vaksin yang lengkap, bagaimana sejak Isnin lalu sudah ada yang disahkan positif? Adakah berlaku perlanggaran SOP di Parlimen seperti mana seorang menteri tidak memakai mask di sana?

Apa-apa pun, situasi di Parlimen minggu ini tidak mustahil akan berulang di DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) SABAH apabila ia dibuka nanti. Maklumlah, apa saja drama yang berlaku di Pusat, pasti skripnya akan diulang di peringkat negeri Sabah.

Seperkara lagi, mungkin ada yang lupa, bahawa hari ini, 30 Julai adalah tarikh bersejarah buat Sabah menyaksikan beberapa ADUN Warisan (ketika itu) melompat parti sehingga menyebabkan pilihan raya negeri berlaku.

Itupun selepas berlaku pergolakan politik di peringkat Pusat menyaksikan persepakatan PN yang saya percaya berteraskan atas kepentingan diri sendiri.

Nampakkan drama politik Sabah macam mana? Skrip sama dipakai di peringkat Pusat ketika itu. Jadi rakyat Sabah, sampai bila kita perjudikan nasib kita ditangan politik seperti ini?

YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published.