Edit Content

Terima Kasih

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Tahun 2025 Dun Ke-16

Suara Kukusan Demi Kukusan Kita Sejahtera

Semangat Sabah Maju Jaya Yang Kita Banggakan

Belabuhnya Tirai DUN Sabah Tahun 2025

 Kerajaan Pusat Perlu Hormati Hak Rakyat Sabah

TAWAU: Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim diharap dapat memanfaatkan peluang sebagai peneraju negara untuk melunaskan agenda reformasi sejati, khususnya membabitkan hak serta masa depan rakyat Sabah dan Sarawak.

Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Rina Haji Jainal berkata sudah sekian lama hasil bumi Sabah dimanfaatkan demi pembangunan negara ini.

Namun, katanya sehingga kini rakyat Sabah masih menanti agar kerajaan Persekutuan dapat berunding untuk menunaikan tuntutan 40% hasil bersih Sabah dari segi infrastruktur , sosioekonomi dan kebajikan rakyat.

Terus memeperjuangkan hak-hak Sabah yang termaktub dalam MA63 dan memastikan kepentingan rakyat Sabah terpelihara.

MA63 adalah perjanjian yang sangat penting bagi Negeri Sabah, dan rundingan serta pemantauan berterusan diperlukan untuk memastikan hak-hak Sabah terpelihara dan kepentingan pembangunan Negeri dapat dicapai. katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan merangkap Setiausaha Politik Menteri Kewangan Sabah berkata demikian dalam kenyataan media, hari ini.

Sementara itu, Rina menyifatkan cadangan penambahan kerusi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, sebagai tergesa-gesa dan tidak bersandarkan justifikasi kukuh.

“Tindakan seperti ini menimbulkan persoalan dan perlu diperhalusi

“Kita perlu berhati-hati agar tidak menghakis kepercayaan rakyat yang semakin mengharapkan perubahan sebenar,” katanya.

Beliau berkata, UMNO sebelum ini kehilangan sokongan di Sabah kerana kegagalan memahami kehendak rakyat dan kini rakyat sedang memerhati sama ada PKR mampu tampil dengan pendekatan berbeza.

“Sabah bukan medan percaturan politik. Kita mahukan dasar yang adil, pelaksanaan yang saksama dan komitmen tulen terhadap autonomi negeri,” katanya.

Dalam masa sama, Rina menegaskan bahawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu terus mempertahankan kerusi DUN Kukusan dan kerusi-kerusi yang pasti dimenangi perlu dipertahankan pada PRN Ke-17 Sabah kali ini.

“Ia bagi memastikan suara rakyat terus dibela dan tidak diketepikan dalam arus pentadbiran negeri mahupun Persekutuan.

“GRS mesti kekal mempertahankan DUN Kukusan bukan hanya sebagai kerusi politik, tetapi sebagai simbol amanah rakyat yang perlu dipelihara,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2025, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.