Kenyataan Media: Masyarakat Diseru Memanfaatkan Pusat Khidmat Masyarakat

TAWAU: Masyarakat diseru memanfaatkan kemudahan pusat khidmat masyarakat (PKM) yang khusus disedia sebagai tempat rujukan pelbagai perkhidmatan bantuan termasuk kebajikan, kaunseling dan pendidikan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kukusan, Rina Jainal berkata, PKM juga menjadi platform untuk menyalurkan sebarang bentuk aduan dan masalah dihadapi komuniti seperti parit tersumbat, jalan raya berlubang, isu sampah dan lampu jalan tidak berfungsi.

Menurutnya, pusat berkenaan juga menjadi pusat sehenti penganjuran pelbagai aktiviti kebudayaan, sukan dan rekreasi yang membantu meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental penduduk sekaligus mengukuhkan ikatan sesama ahli komuniti.

“Dalam situasi kecemasan atau bencana, PKM berfungsi sebagai pusat pengumpulan dan pengagihan bantuan bagi memastikan bahawa mereka yang terjejad menerima sokongan yang diperlukan dengan segera,” katanya.

Beliau berkata pada Majlis Perasmian dan Pelancaran PKM Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukusan di Gelanggang Bola Tampar Taman Victoria di sini.

Katanya, bagi pelancaran PKM DUN Kukusan berkenaan ianya adalah manifestasi komitmen untuk mendekati dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

“Saya akan menempatkan ketua masyarakat secara bergilir bagi memastikan segala maklumat dapat diterima masyarakat Kukusan secara terus daripada mereka,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Rina menyarankan semua komuniti penduduk di DUN Kukusan menubuhkan bomba komuniti sebagai usaha mencegah kejadian kebakaran dan langkah awal menangani kejadian tidak diingini itu.

“Setakat ini di Kukusan kita telah menyerahkan borang kepada tiga jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) iaitu Kg. Muhibbah Raya, Kg Jawa dan Kg Airport Lama,” ujarnya.

Pada majlis itu Rina turut menyampaikan sumbangan daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM) kepada mangsa kebakaran, penyerahan kanopi dan sumbangan wang kepada ahli bomba komuniti Kg Titingan.

Tamat

YB PUAN RINA HAJI JAINAL
Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Negeri Sabah
Merangkap ADUN N70 Kukusan

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.