Menyampaikan Sedikit Sumbangan Kepada Keluarga Allahyarham Adik Aming

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Secara peribadi, saya memang tidak mengenali Allahyarham adik Aming, namun, videonya, kepetahan anak kecil ini cukup dekat dengan masyarakat kita.

Saya melihat banyak posting dan reaksi orang ramai menyatakan kesedihan dan rasa simpati atas pemergian ahli syurga ini.

Pagi tadi, saya meminta kakitangan Pejabat DUN N70 Kukusan untuk menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga dan alhamdulillah sekitar jam 3.30 petang tadi, mereka dapat menemui bapa Allahyarham.

Sayu bila ayah adik Aming, Alip Mohamad berdiri di luar pagar sambil memegang baju berwarna coklat. Katanya baju terakhir yang dipakai arwah bermain petang semalam.

Beberapa kali dilihat saudara Alip memeluk erat baju itu, menunjukkan rasa rindunya yang tiada berpenghujung.

Tiada lagi kedengaran keletah manja si anak. Semoga mereka sekeluarga tabah menghadapi dugaan Allah SWT ini.

YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.