






KEMARIN saya turun hadir Majlis Penutupan Hari Keluarga dan Sukan di Wisma Persekutuan Tawau.
Banyak aktiviti santai dibuat, ada pijak belon, pertandingan memasak, pickleball dan macam-macam lagi. Suasana memang meriah dan menghiburkan.
Saya amat menghargai jasa semua penjawat awam. Kamu semua inilah tulang belakang pentadbiran negara, yang bekerja setiap hari urus hal rakyat supaya berjalan lancar.
Program macam ini penting untuk rapatkan hubungan antara jabatan. Bila kita saling kenal, saling faham dan saling hargai, kerja pun jadi lebih senang dan khidmat untuk rakyat jadi lebih baik.