Perasmian Masjid Al Falah Kg Baru Pasir Putih Oleh Yang Di-Pertua Negeri Sabah

ALHAMDULILLAH, selepas 17 tahun, akhirnya Masjid Al Falah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Haji Jauhar Mahiruddin, semalam.

Selaku Pengerusi Pelaksana Perasmian, saya mengucapkan setinggi penghargaan kepada Tun dan Toh Puan Hajah Norlidah R.M Jasni atas keberangkatan tiba dan perasmian.

Sungguh diluar jangkaan apabila dimaklumkan Tun berdua sudi memenuhi undangan daripada kami untuk merasmikan Masjid Al Falah.

Seperti yang saya maklum, pembinaan masjid ini bukti kukuh sikap toleransi antara kaum serta kerjasama pemimpin dan masyarakat.

Ia dibina hasil gotong royong antara pemimpin ADUN Merotai pada ketika itu yang kini Pengerusi Kumpulan Desa Tan Sri Liew Yun Fah JP, Rejimen 516 Askar Wataniah dan penduduk Kampung Baru Pasir Putih.

Alhamdulillah, hasil kerjasama ini, sehingga kini Masjid Al Falah memberi banyak manfaat kepada penduduk Kampung khususnya umat Islam di sini.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.