Perletakan Semua Jawatan Dalam Parti Warisan

BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM

TERIMA KASIH PENGERUSI MAJLIS

YANG DIHORMATI
PRESIDEN PARTI HARAPAN RAKYAT SABAH (HARAPAN RAKYAT)
TAN SRI LIEW YUN FAH

SYUKUR ALHAMDULILLAH KE HADRAT ILAHI KERANA ATAS LIMPAH KURNIA-NYA, KITA DIBERI KESEMPATAN UNTUK BERADA DI SINI BERSAMA-SAMA MENERUSKAN PERJUANGAN ATAS TANGGUNGJAWAB BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT.
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR KITA NABI MUHAMMAD SAW.

TERDAPAT TIGA PENGUMUMAN PENTING YANG INGIN SAYA KONGSIKAN KEPADA ANDA SEMUA HARI INI BERTARIKH 5 JUN 2022.

PERTAMA
SAYA MENGUMUMKAN PERLETAKAN SEMUA JAWATAN DALAM PARTI WARISAN TERMASUK SEBAGAI NAIB KETUA WIRAWATI SABAH DAN KETUA WIRAWATI BAHAGIAN P191 KALABAKAN BERKUAT KUASA SERTA MERTA

KEDUA
DENGAN BERAT HATI, SAYA JUGA MEMBUAT PENGISYTIHARAN KELUAR PARTI WARISAN BERKUAT KUASA HARI INI SELEPAS LEBIH 5 TAHUN BERJUANG DIDALAMNYA BERMULA DARIPADA AKAR UMBI SEHINGGALAH KE PERINGKAT DEWAN UNDANGAN NEGERI.

KETIGA
SAYA DENGAN INI MENGUMUMKAN MENYERTAI PARTI HARAPAN RAKYAT SABAH (Harapan Rakyat) BERKUAT KUASA HARI INI DAN AKAN BERSAMA BARISAN KEPIMPINAN PARTI DI BAWAH TAN SRI LIEW YUN FAH UNTUK TERUS MEMBERI PERKHIDMATAN KEPADA RAKYAT.

SEKIAN TERIMA KASIH.
RINA HJ JAINAL
ADUN N70 KUKUSAN
5 JUN 2022

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published.