Sinar Harapan Emas Di Rumah Orang Tua Air Panas, Tawau

‘MOOD’ raya Tahun Baru Cina terus dihangatkan menerusi sambutan CNY anjuran Parti Harapan Rakyat Sabah dan Pejabat ADUN N70 Kukusan di Rumah Orang Tua Air Panas, Tawau, semalam.

Program yang dirasmikan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk James Ratib yang datang dari Kota Kinabalu dan bersama-sama kami meraikan warga emas berbangsa Tiong Hua di sini. Terima kasih Datuk dan rombongan.

Menurut Datuk James, ini adalah janjinya kepada Presiden Parti Tan Sri Liew Yun Fah untuk datang ke Tawau berjumpa dengan rakyat sebaik sahaja dilantik menjadi Menteri, bulan lalu. Terima kasih Tan Sri Liew yang sememangnya menjadi ‘orang kuat’ dalam menjayakan program ini.

Alhamdulillah Parti Harapan Rakyat Sabah terus giat untuk membawa lebih banyak aktiviti yang bermanfaat untuk rakyat di Tawau dan Kalabakan. Kehadiran Menteri ke sini, bukan hanya cerita politik kosong, sebaliknya kami turut mengajukan dan membawa Datuk James turun padang melihat masalah rakyat di sini khususnya di kawasan Kukusan.

RINA HJ JAINAL
Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah
merangkap ADUN N70 Kukusan

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.