Tangguh Penerbangan, Air Asia Mohon Maaf, FOMCA Tidak Terima Aduan

Berhubung isu penangguhan penerbangan yang lama tular di media sosial, Air Asia tampil dengan permohonan maaf.

Apabila membaca tajuk laporan media ‘Air Asia Mohon Maaf, Sentiasa Utamakan Penumpang’, saya harap perkara itu direalisasikan, bukan hanya dengan kenyataan media, tetapi dengan perbuatan.

Kerana apa yang berlaku di lapangan terbang , hanya penumpang sahaja yang tahu. Sebenarnya perkara ini sudah lama berlaku, dan tahap kesabaran orang Malaysia khususnya Sabahan sudah tiba hadnya.

Alasan peningkatan penumpang dengan kapasiti kapal yang kurang tidak patut dijadikan alasan kerana semua orang tahu, musim perayaan dan cuti umum seperti hari Raya adalah waktu puncak orang pulang ke kampung halaman.

Belum masuk lagi bulan Mei dan Jun yang biasanya menjadi waktu orang Sabah dan Sarawak pulang ke kampung halaman untuk meraikan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.

Namun, seperkara yang menarik perhatian saya mengenai kenyataan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Profesor Datuk Dr N Marimuthu yang mendakwa tidak menerima sebarang aduan mengenai perkara berkenaan setakat ini.

Katanya, FOMCA tidak ada terima aduan daripada pengguna mengenai isu kelewatan kerana waktu penerbangan dijadualkan semula.

Tepuk dada, tanya selera. Isu ini bukan baharu, namun, mungkin bukan penting bagi pemimpin selagi tidak kena pada batang hidung sendiri.

RINA HJ JAINAL
DUN N70 KUKUSAN
11 Mei 2022

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published.