Street Soccer Di Kg Barisan

Hujung minggu lalu, saya mewakilkan team Pejabat ADUN N70 Kukusan menghadiri pertandingan 8 Penjuru Raya Cup 2022 Belia Kg Barisan Parlimen P191 Kalabakan.

Kesempatan cuti dan pulang beraya di kampung tidak disiakan begitu sahaja oleh belia Kg Barisan untuk bersukan sambil mengeratkan silaturahim.

Ketika kita semua sibuk menghadiri jemputan rumah terbuka dan majlis perkahwinan, saya melihat ini satu cara belia mengisi masa lapang dengan aktiviti sihat dalam komuniti.

Alhamdulillah, walaupun hujan, perlawanan berjaya diteruskan dengan jayanya.

Tahniah kepada pemenang dan terima kasih kerana menjemput saya dan team.

RINA HJ JAINAL
ADUN N70 KUKUSAN
10 Mei 2022

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.