Tahniah kepada tiga pasangan pengantin yang diraikan hari ini. Rahmat Hidayat bin Sarail & Suhanti binti UsmanTaman Wawasan Nurul Zafirah binti Eme Monif & Wan Nurhafizul Shafiq bin AliasDewan Alamanda SK Kukusan Nur Nazriatul Iqmah binti Rabain & Muhammad Na’im bin ArhamGlass House BSI Semoga ikatan perkahwinan ini menyatukan dua keluarga , saling menjaga dalam […]
PAGI tadi, 50 pelajar asnaf di DUN Kukusan dapat bantuan outreach pembelian kelengkapan sekolah sempena Program Sentuhan Kasih, jualan rahmah madani di Hypermarket Servay hasil peruntukan KPDNKK. Mungkin ada yang cakap “sedikit”, tapi impaknya besar untuk anak-anak. Ada yang dapat baju, kasut dan peralatan baru, terus semangat mau belajar. Ditambah lagi dengan Jualan Rahmah diskaun […]
Hari ni kita turun bukan saja dengar ceramah, tapi ingatkan diri bersama bahawa anak adalah amanah. Masih ada anak yang senyum di luar, tapi simpan takut di dalam hati. Ada yang kena dera, tapi tiada tempat mengadu. Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak ni supaya kita semua buka mata dan buka hati. Jaga anak bukan kerja satu […]
Usai taklimat bersama JPKA semalam, saya berkesempatan melawat Depo Penyimpanan dan Pengurusan Logistik yang menjadi pusat penyelarasan bantuan bencana di Kota Kinabalu. Melihat sendiri operasi depo ini dengan sistem penyimpanan yang teratur, kelengkapan mencukupi dan pasukan yang sentiasa bersiap siaga benar-benar menunjukkan betapa pentingnya kemudahan seperti ini. Ia menguatkan keyakinan saya bahawa Tawau juga memerlukan […]
Dari satu dapur ke satu dapur di Kg Sk Gabungan Muhibbah, saya dengar sendiri suara dan harapan wanita tulang belakang keluarga dan penggerak komuniti. Sebagai Calon Bebas No.10, saya bersama mereka memperjuangkan keperluan, keselamatan dan masa depan anak-anak Kukusan tanpa terikat mana-mana parti. Bebas Bersama Rakyat. Bebas untuk Mengangkat Suara Wanita. INI MASA BEBAS INI […]
TAWAU: Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukusan, Datuk Rina Haji Jainal meletakkan jawatan serta-merta, susulan tindakan parti itu menggantung keahliannya selama tiga tahun. Rina dalam kenyataan hari ini menegaskan, keputusan untuk meninggalkan parti dibuat atas prinsip dan maruah diri, selepas merasakan dirinya menjadi mangsa sabotaj […]
TAWAU: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukusan, Datuk Rina Haji Jainal menyifatkan tindakan Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) menggantung jawatan dan keahliannya dalam parti itu tiga hari sebelum hari penamaan calon sebagai keputusan yang mengejutkan, seolah-olah satu cubaan sabotaj terhadap dirinya. Rina berkata, keputusan itu dibuat dalam waktu yang amat mencurigakan, seolah-olah dirancang bagi […]
Beberapa hari lepas, saya berpeluamg sekali lagi meluangkan masa bersama belia Kukusan. Lepak kali ini lain sikit sebab bukan di warkop (warung kopi), tapi di Gerai Sandwich Bakar Syakir, port santai anak muda di Muhibbah Bal. Suasana tenang tapi hidup… ramai belia datang kongsi pandangan, cerita dan cadangan untuk terus majukan Kukusan. Ada yang cakap […]
“Kullu nafsin ẓā’iqatul maut” setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Saya menerima khabar duka pemergian Allahyarham Ajesman Bin Tangsi yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini. Jenazah Allahyarham telah dimandikan di Masjid Rahmah Wal Ghafur, PPR Taman Sri Bukit, Tawau dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pasir Putih. Salam takziah saya ucapkan kepada […]
Semalam saya berpeluang lepak bersama belia Kukusan di SN Warkop. Suasana sederhana tapi meriah.. semua orang bebas berkongsi cerita sambil menikmati kopi. Paling menarik, ada sesi open mic di mana belia meluahkan pandangan dan harapan mereka untuk Kukusan, terutama tentang bagaimana anak muda boleh terus diberi ruang dan peluang untuk maju. Turut dilancarkan Slogan Tee […]
Menyantuni Askar Rejimen 24&14 dan PGA dengan mewakilkan Cik Erna, Naib Ketua Wirawati Warisan P191 Kalabakan menyampaikan 150 pek kuih-muih sebagai juadah berbuka.
Selamat berbuka puasa dan salam ramadan kareem.
© 2021 - 2025, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.
Developed by Sabah Dev