Tahniah Buat Batalion Ke-26 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Kukusan

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Sekalung tahniah saya ucapkan buat Batalion Ke-26 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Kukusan meraikan pengisytiharan pengoperasian selepas tujuh tahun ditubuhkan.

Sedikit perkongsian sejarah 26 RAMD ditubuhkan di Kem Wade Wing, Kuala Lumpur pada 25 Mac 1980 dalam menghadapi ancaman pengganas komunis.

Kemudian, pasukan ini dibubarkan pada 1 November 1994 selepas tiada lagi ancaman keganasan nyata disebabkan perletakan senjata Parti Komunis Malaya.

Namun, Tim Nukleus 26 RAMD ditubuhkan pada 26 Mei 2014, bertempat di Kem Kukusan sejajar dengan hasrat meningkatkan kesiagaan Tentera Darat di ESSCOM.

Banyak pencapaian yang berjaya dilakar oleh pasukan ini seperti Ops Aman, Ops Penawar, Ops Pasir Selatan dan aktiviti kemasyarakatan menerusi Program Jiwa Murni.

Walaupun, penempatan 26 RAMD di Kem Kukusan adalah sementara sebelum berpindah ke Desa Kencana, Lahad Datu apabila siap nanti, sebagai ADUN Kukusan, sudah tentu saya berbangga apabila mukim ini menjadi antara lokasi untuk pasukan keselamatan negara berkhidmat.

Mewakili masyarakat Kukusan, saya menyatakan rasa terima kasih buat Tentera Darat Malaysia, pegawai dan anggota yang berpusat di mukim ini.

Selamat maju jaya.
RINA HJ JAINAL
ADUN N70 Kukusan

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.