Ziarah AJK Wirawati, Puan Mariana Mapaenre Kehilangan Ibu tersayang

Adun N70 Kukusan merangkap Ketua Wirawati Bahagian Kalabakan, yang juga Naib Ketua Wirawati Warisan Sabah YB Puan Rina Hj Jainal mewakilkan Naib Ketua Wirawati Bahagian, Cik Erna Muskin bersama dengan barisan AJK Wirawati Bahagian untuk menyampaikan titipan salam takziah dari beliau, disamping memberikan sokongan moral kepada salah seorang AJK Wirawati iaitu Puan Mariana Mapaenre yang baru sahaja kehilangan Ibu tersayang yang telah pergi menghadap ilahi pada 16/12/2021, pukul 5 subuh di kediaman mereka di Kampung Merotai Tawau.

Kami difahamkan bahawa Allayarhamah Puan Hj Andi Nisbah binti Petta Tandra, 63 Tahun telah lama menghidap penyakit Paru-Paru berair dan menerima rawatan di Hospital Besar Tawau sebelum ini.

Kami dari Wirawati Warisan P191 Kalabakan mengucapkan Salam Takziah buat seluruh ahli keluarga dan mendoakan Somoga Roh Allahyarhamah dicucuri Rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh, in sha Allah. Aamiin.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.