Gotong Royong Ambang Ramadan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini berkesempatan menghadiri program gotong-royong ambang Ramadan di Masjid Babus Saadah Kg Muhibbahraya.

Alhamdulillah, lebih 50 penduduk kampung terdiri daripada pelbagai peringkat umur hadir bersama-sama membersihkan sekitar masjid termasuk di bahagian ruang solat.

Ini termasuk golongan belia yang sentiasa digalakkan terlibat dalam aktiviti di masjid.

Penglibatan golongan belia juga dilihat satu perkara yang perlu dalam menggalakkan mereka dengan aktiviti sihat khususnya di masjid.

Menurut Pengerusi Masjid Babus Saadah Hj Awang Jabar Abdullah program tahunan ini diadakan bagi bertujuan sebagai persiapan menyambut bulan Ramadan khususnya membabitkan aktiviti/ibadah di masjid.

Saya melihat program ini penting dan perlu dicontohi pengurusan masjid di tempat lain dalam usaha kita menyemarakkan sambutan bulan Ramadan, minggu depan.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.