Derma Darah Di Airport Lama

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Umum mengetahui bekalan darah masih lagi berkurangan di Pusat Tabung Darah Hospital Besar Tawau.

Pelbagai kempen dan program diadakan pihak berkaitan, namun, ia tidak semudah seperti sebelum ini, memandangkan banyak kekangan khususnya berkaitan pandemik Covid-19.

Menyedari masalah tersebut, saya bersama pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) N70 Kukusan tampil dengan program derma darah di Kampung Airport Lama, hari ini, bermula jam 8 pagi hingga 1 petang tadi.

Program itu turut mendapat kerjasama AJK Surau Nurul Huda Kampung Airport Lama.

Sebanyak 30 pain darah berjaya dikumpul daripada 37 penduduk kampung yang hadir.

Ia melebihi jangkaan awal pihak kami yang mengganggarkan jumlah penderma sekitar 20 orang.

Semua penderma turut menerima bakul makanan setiap orang hasil sumbangan individu Pejabat DUN N70 Kukusan, orang persendirian dan NGO.

Sehubungan itu, saya mengalu-alukan lebih ramai pihak seperti wakil rakyat tampil mengadakan program derma darah di lokasi komuniti bagi membantu mengatasi masalah kekurangan bekalan darah.

Turut hadir adalah SUB Warisan Kalabakan, Encik Ayuf, Wira & Wirawati Kalabakan serta wakil NGO yang memberi sokongan kepada kempen ini.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.