GRS Terus Keliru Dengan SOP Yang Dikeluarkan Menteri Merangkap Jurucakap COVID-19 Sabah

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Genap seminggu persidangan DUN Sabah berlalu, nampaknya GRS terus keliru dengan SOP dan arahan yang dikeluarkan Menteri merangkap jurucakap COVID-19 Sabah sendiri.

Saya sendiri bangun mengutarakan mengenai masalah penerima vaksin Astrazeneca yang perlu menunggu sehingga 2 bulan sebelum menerima suntikan dos kedua, menyukarkan mereka untuk melakukan urusan termasuk membeli barangan keperluan harian.

Menteri Datuk Masidi Manjun sendiri memberi jaminan memberi pelepasan kepada mereka dengan syarat MAJIKAN ATAU MEREKA pergi ke PBT untuk mendapatkan pelepasan. (Rujuk video)

Namun, sejak semalam, saya menerima aduan penduduk yang menerima suntikan Astrazeneca, cuba mendapatkan pelepasan di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), namun dinafikan permintaan mereka yang telah dijamin oleh Menteri sendiri.

Menurut pengadu, PBT meminta mereka mendapatkan pelepasan berkenaan di Pejabat Kesihatan kerana pihak PBT hanya memberi pelepasan kepada majikan sahaja bukan orang perseorangan.

Hari ini, saya juga merujuk kepada hantaran MKN Sabah di Instagram https://www.instagram.com/p/CUbZzvEvsZs/
yang menjelaskan kebenaran masuk premis bagi Astrazeneca hanya membabitkan pekerja tanpa langsung menyebut mengenai orang awam yang ingin membeli keperluan seperti Menteri katakan.

Saya melihat, sekali lagi cakap Menteri di Dewan DUN hanya omong semata, kerana hakikatnya perlaksanaan tetap berbeza.

Sekali lagi rakyat yang menanggung kesulitannya di bawah.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.