Melawat Dua keluarga Yang Baru Ditinggalkan

Innalillahiwainnailaihirojiun. Saya telah meluangkan masa melawat dua keluarga yang baru ditinggalkan.

Allahyarham Ishak Bin Juma (di Kg Muhibbah) telah meninggalkan seorang balu dan sembilan orang anak akibat strok pada dua hari lepas. Anak perempuan sulung arwah turut berkongsi cerita di saat pemergian arwah yang meruntun perasaan saya.

Manakala Allahyarhamah Haslina Binti Kahar (di Kg Pasir Putih) yang telah pergi menghadap Ilahi pada lima hari lalu akibat kanser tahap 4. Beliau juga merupakan AJK Wanita Bahagian Warisan Kalabakan yang aktif. Bagaimanapun, sakit arwah semakin serius ketika berkempen menghadapi PRN baru-baru ini.

Semoga ahli-ahli keluarga yang ditinggalkan diberi kesabaran dan saya bersama team pejabat ADUN Kukusan mendoakan kesejahteraan kedua-dua roh arwah dicucuri rahmat oleh Yang Maha Esa.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.