Majlis Penutupan Kejohanan Bola Tampar Terbuka Kunak 2022

Kehadiran saya ke Kunak, semalam, bagi merasmikan Penutupan Kejohanan Bola Tampar Terbuka Kunak 2022, atas tiket Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah dan mewakili Presiden Parti Brig Jen (B) Tan Sri Liew Yun Fah.

Program ini anjuran Kelab Bola Tampar Jota di bawah kelolaan Encik Madcharni Mohd Jahani, anak jati Kunak.

Difahamkan, ia berjaya menarik penyertaan dari seluruh Negeri termasuk pasukan hebat yang bertanding di peringkat SUKMA, pemain kebangsaan dan pemain dari luar negara.

Selain itu, kejohanan ini adalah program keramaian yang pertama di Kunak selepas pandemik COVID-19 dan ia mampu menarik orang ramai dari daerah lain datang ke Kunak. InsyaAllah, selepas ini pasti akan ada lagi acara seperti ini dianjurkan di sana.

Saya melihat program sebegini boleh dijadikan satu contoh kepada Kerajaan atau pihak lain dalam usaha merancakkan kembali sektor ekonomi setempat menerusi perancangan yang lebih jitu.

Usaha JOTA ini wajar dipuji kerana memberi impak yang tersendiri kepada ramai pihak khususnya masyarakat di Kunak ke arah kita menjalani fasa kehidupan endemik COVID-19.

Terima kasih juga kerana menjadikan Parti Harapan Rakyat Sabah sebagai sebahagian daripada majlis meriah ini.

RINA HJ JAINAL
TIMBALAN PRESIDEN PARTI HARAPAN RAKYAT SABAH
merangkap ADUN N70 KUKUSAN

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.