Kalau Malas Kutip Sampah, Jangan Buang Sampah

Kita seharusnya mendidik diri sendiri mengenai masalah pembuangan sampah di tempat awam.

Jika kita malas kutip sampah, cuba didik diri agar tidak buang sampah merata-rata. Bawa pulang sampah sendiri sehingga kita jumpa tong sampah untuk membuangnya.

Jangan tinggalkan sampah kita di situ dengan menganggap akan ada orang membersihkannya.

Semalam, Tawau Trash Buster Squad (TTBS) bersama beberapa NGO/Persatuan dan lebih 100 sukarelawan mengadakan gotong goyong Tawau Clean Up Gathering di Persisiran Traulsen mengutip sampah yang dibuang merata-rata. Syabas kepada Cikgu Mohd Azlan dan rakan-rakan.

Sikap mereka ini wajar dicontohi. Justeru, saya di peringkat Pejabat ADUN N70 Kukusan dan Parti Harapan Rakyat Sabah sentiasa menyokong usaha sebegini ke arah mengurangkan pencemaran alam sekali gus menjaga kebersihan persekitaran kita.

Kita mungkin tidak sehebat mereka yang secara sukarela membersihkan kawasan awam di situ, tetapi kita boleh bermula dari diri sendiri.

Didik diri untuk bawa pulang atau buang sampah di tempat sepatutnya. Jika ramai yang bersikap sedemikian, pastinya masalah pembuangan sampah merata-rata di tempat awam dapat dikurangkan.
Ayuh ubah sikap dan mentaliti kita.

RINA HJ JAINAL
TIMBALAN PRESIDEN PARTI HARAPAN RAKYAT SABAH
merangkap ADUN N70 KUKUSAN

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.