Mengagihkan sumbangan bakul makanan kepada 110 keluarga di Kg Seri Menanti

Syabas kepada Team N70 Kukusan yang diwakili oleh Wira & Wirawati P191 Kalabakan yg berjaya mengumpul dan mengagihkan sumbangan bakul makanan kepada 110 keluarga di Kg Seri Menanti.

Pengagihan ini dilakukan secara bersasar dan tertumpu kepada penduduk-penduduk kampung setinggan di sekitar DUN Kukusan yang pernah saya lawati.

Terima kasih kepada badan-badan NGO dan individu-individu yang menyalurkan sumbangan utk melancarkan usaha membantu mereka yang betul-betul terkesan dalam menghadapi PKPBD ini.

Semoga pandemik ini akan cepat berakhir.

Rina Hj Jainal
YB ADUN N70 KUKUSAN.

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.