Melawat seorang ibu tunggal bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat

Assalamualaikum, salam hormat. Sepanjang menjalankan kerja-kerja kebajikan dulu bersama wirawati, saya pernah melawat seorang ibu tunggal yang kebetulan adalah kenalan semasa kami di sekolah menengah.

Beliau lumpuh secara tiba-tiba 5 bulan lepas akibat penyakit yang masih belum dapat didiagnosis sepenuhnya. Baru-baru ini beliau menghubungi saya bertanyakan jalan untuk mendapatkan bantuan. Meskipun tidak dapat membantu dengan wang ringgit, membantu mempermudahkan urusannya merupakan perkara terkecil yang tetap saya usahakan semampunya.

Saya sangat berterima kasih kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Tawau yang mengambil tindakan segera menghantar keperluan beliau meskipun standard procedure adalah 3 bulan untuk diluluskan. Semoga selepas ini kerusi roda pula akan menyusul dengan bantuan setiap bulan.

Mari kita berusaha saling bermanfaat sesama kita.

Rina Hj Jainal
YB ADUN N70 KUKUSAN.

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.