Sambutan Hari Guru Di SMK Umas Umas

Berkesempatan mengiringi Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah Brig Jen (B) Tan Sri Liew Yun Fah merasmikan Hari Guru Peringkat SMK Umas Umas, Felda Umas, Kalabakan, semalam.

Dalam pada itu, saya terpanggil membawakan beberapa isu sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Menurut maklumat, sekolah ini tumpuan pelajar yang tinggal di tempat jauh seperti Brantian dan Luasong, memerlukan mereka tinggal di asrama bagi memudahkan urusan pembelajaran.

Daripada lebih 800 pelajar, kapasiti asrama di sekolah ini mampu menempatkan 125 orang pelajar dalam satu-satu masa. Bagaimanapun, terdapat beberapa kekangan seperti peruntukan belanjawan makanan agak terhad sehingga menyebabkan lebih 60 pelajar lagi berada dalam senarai menunggu (waiting list) untuk ditempatkan di asrama sekiranya ada kekosongan.

Saya difahamkan, selain SMK Umas Umas, hanya ada sebuah lagi sekolah menengah iaitu SMK Merotai menyediakan kemudahan asrama di Kalabakan, selebihnya terletak berhampiran bandar Tawau.

Jelas menunjukkan kekangan dua buah sekolah ini menampung permintaan pelajar luar bandar yang perlu tinggal di asrama.

Justeru, saya berharap agar menerusi program Keluarga Malaysia, Kerajaan Persekutuan perlu meneliti dan memperhalusi keperluan pelajar luar bandar di sini yang semakin terhimpit untuk mendapatkan kemudahan pembelajaran yang selesa.

Ini termasuk mengatasi masalah kekurangan meja dan kerusi di kelas.

RINA HJ JAINAL
TIMBALAN PRESIDEN PARTI HARAPAN RAKYAT SABAH
merangkap ADUN N70 KUKUSAN

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.