Kunjungan Ke Persatuan Pemuzik Tawau (Tawau Musician Association-TMA)

Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah Brig Jen (B) Tan Sri Liew Yun Fah dan saya menerima undangan daripada Persatuan Pemuzik Tawau (Tawau Musician Association-TMA, Jalan Kuhara, semalam.

Mungkin ramai mengetahui, saya memang meminati bidang muzik. Malah suami saya, Abang Rizal juga tidak asing dalam dunia busking dan berkecimpung muzik secara profesional serta mahir bermain pelbagai alat muzik.

Justeru, apabila TMA menjemput Tan Sri, saya dan rombongan, saya berasa teruja apabila melihat ada persatuan muzik sebegini di Tawau.

Saya berharap lebih banyak lagi persatuan muzik begini diwujudkan memandangkan ramai golongan belia bergiat secara aktif dalam seni di Tawau.

Good luck TMA. Selamat maju jaya kepada semua anak seni di Tawau.

RINA HJ JAINAL
ADUN N70 KUKUSAN

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.