Undi Calon No 1 Lee Ming Wen Di Bukit Batu

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Jelajah WARISAN PRN Johor saya mulakan di DUN BUKIT BATU bagi menyokong calon WARISAN Lee Ming Wen, malam tadi.

Alhamdulillah, sambutan yang diberikan cukup menggalakkan. Saya sempat berkongsi pengalaman saya sebagai ADUN UNDI 10 dek kerana undi majoriti kemenangan di DUN Kukusan.

Bagi saya, pemilihan calon yang dibuat Datuk Seri Mohd Shafie Apdal adalah berdasarkan keupayaan dalam menjaga rakyat.
Kehadiran WARISAN di bumi Johor adalah untuk bersama rakyat, bukan mencari ruang bersekutu dengan mana-mana parti politik lain untuk berkuasa.

Kita tidak mahu menjadi seperti PN dan BN, yang bersama-sama membentuk Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sabah, tetapi saling bertikaman serta memburuk-burukkan antara satu sama lain.

Ia jelas menunjukkan bahawa kebajikan dan hak rakyat bukanlah keutamaan mereka, sebaliknya lebih kepada kuasa demi kepentingan diri sendiri.

Saya berharap agar rakyat di DUN BUKIT Batu dapat melihat realiti ini dan menghukum mereka yang mempermainkan mandat rakyat.

RINA HJ JAINAL
ADUN N70 Kukusan

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.