Perjuangan Di Bumi Johor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tepat jam 5.31 petang, saya selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.

Kehadiran saya bersama beberapa rakan seperjuangan Parti WARISAN termasuk ADUN Merotai YB Sarifuddin Hata, Ketua Wirawati Semporna Cik Faradibah, dan teman rapat saya ADUN Sri Tanjong YB Justin Wong pastinya membawa satu hasrat murni menyokong enam calon Parti WARISAN di bumi selatan, Johor.

Semoga kehadiran kami di sini, berdiri teguh di belakang sosok tokoh hebat Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mampu memberi suntikan semangat kepada WARISAN Johor untuk berjuang, bekerja keras, sekali gus mendapat mandat daripada rakyat.

InsyaAllah, kami akan mengadakan siri jelajah di beberapa lokasi sekitar JB untuk bertemu rakyat. Semoga kita dapat bersua muka.

Orang tua-tua berkata, tak kenal maka tak cinta. Tetapi ada saja tak kenal langsung, berkahwin dan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Begitu juga harapan saya. Mungkin ini kali pertama rakyat Johor melihat logo WARISAN di PRN Johor berbanding parti lain yang telah sekian lama di sini.

InsyaAllah, saya yakin, bagaimana WARISAN Sabah kekal bersama rakyat biarpun bergelar pembangkang, begitu juga dengan calon WARISAN Johor.

Ini kerana hadirnya kami di sini adalah untuk bersama rakyat. Bukan bersama parti lain untuk berkuasa.

RINA HJ JAINAL
ADUN N70 Kukusan

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.