Walk-In (PPV) Dianjurkan Oleh NGO Dengan Kerjasama Pusat Kesihatan Tawau

Hari ini merupakan hari kedua berlangsungnya Walk-In (PPV) yang dianjurkan oleh NGO dengan kerjasama Pusat Kesihatan Tawau di Stadium Bola Keranjang Tawau, Jln Mawar Kg Jawa.

Tahniah kepada Mr Chia, Presiden Chinese Chambers Association dan team yang menjayakan inisiatif ini agar dapat membantu menyegerakan kadar peratusan vaksinasi di Tawau semaksimanya.

Saya turut mengambil aduan dari petugas kesihatan yang memohon portable aircond untuk menjaga kualiti penyimpanan vaksin memandangkan keadaan dewan yang panas.

Lantas, saya telah menghubungi Mr Chia agar dapat menyediakan 2 unit portable aircond untuk menampung keperluan penyimpanan. Beliau telah mendapatkan kontraktor dilantik untuk menyediakan 1 unit dahulu sebagai test-run sebelum menambah kepada 2-3 unit lagi.

Pengaktifan PPV di dewan ini akan dapat meningkatkan kemudahan mendapat vaksin dari kawasan pinggir bandar terutama mereka yang tinggal di sekitar lembah Kukusan.

Bercakap dengan Mr Chia tadi, mereka juga ingin mencadangkan agar pelajar-pelajar sekolah dibenarkan untuk mengambil vaksin di sini. Ini juga untuk memastikan para pelajar sudah benar-benar bersedia untuk ke sekolah dalam keadaan lengkap 2 dos.

Terima kasih sekali lagi buat NGO yang terlibat. Saya turut menyumbangkan minuman air mineral untuk orang awam dan petugas.

Nota: Kepada yang ingin mendapatkan vaksin, boleh terus walk-in (tanpa dokumen juga boleh) di Stadium Bola Keranjang Tawau, belakang Petronas Jln Mawar Kg Jawa. PPV ini akan dibuka selagi orang awam memberi respon baik dari jumlah pendaftaran.

YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN

Hubungi CARELINE saya di 010 -779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published.