Melakukan Lawatan Kerja Ke Pejabat JKR Bertemu Jurutera Bahagian, Puan Ir. Aishahturizdah

Hari ini saya dan team pejabat ADUN Kukusan melakukan lawatan kerja ke pejabat JKR untuk bertemu Jurutera Bahagian, Puan Ir. Aishahturizdah dan pembantunya Puan Siti bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai kerja-kerja sedang dalam pembaikan dan perancangan di DUN Kukusan.

Pertemuan berlangsung lebih sejam dengan amalan SOP. Meski berada di blok pembangkang, kerjasama yang baik dari jabatan-jabatan kerajaan dalam membantu kami wakil rakyat berhadapan dengan aduan-aduan rakyat sangat diharapkan.

Alhamdulillah, thank you for a fruitful meeting today.

YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN

Hubungi CARELINE saya di 010 -779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.