Ziarah Penduduk Kg Airport Lama dan Menyampaikan Bantuan

Hari ini dapat melawat beberapa buah rumah penduduk Kg Airport Lama menyampaikan sedikit bantuan. Saya turut melawat wirawati Padang Terbang dengan menyerahkan baju raya sumbangan untuk anak perempuannya berusia 4 bulan.

Sebelum meninggalkan kawasan kampung, sedikit sumbangan buat Surau Nurul Huda yang telah saya serahkan kepada Pakcik Abu, Pengerusi Surau. Terima kasih juga kepada En Zain yang mengiringi lawatan rumah ke rumah kami.

Langkah berjaga-jaga sentiasa diambil kira. Meski hanya berada di luar rumah, alhamdulillah niat untuk berjumpa insan-insan ini dipermudahkan jua.

YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.