
\
Pokok tidak pernah berdiri sendiri. Ia kuat kerana tanah yang menyokongnya. Ia hidup kerana disiram, dijaga, dan dipercayakan.
Begitu juga kepimpinan.
Sehebat mana pun seorang calon, kejayaannya tetap datang daripada rakyat yang berdiri di belakangnya.
Hari ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi semangat, yang menyapa, yang berkongsi harapan untuk Kukusan.
Kamulah “tanah subur” yang membuat saya terus teguh.
Dengan lambang pokok, saya memilih untuk bertanding demi kamu… bukan demi parti, bukan demi jawatan.
Kukusan adalah akar saya.
Kekuatan saya datang daripada kamu.
Undi Calon No.10