Bahang PRN Johor Semakin Terasa

Bahang PRN Johor semakin terasa. WARISAN buat pertama kalinya mengatur langkah di luar Sabah untuk terus membela nasib rakyat menerusi calon tempatan yang berkaliber.

Berikut perkongsian hantaran FB daripada Presiden WARISAN Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

SEMAK & IMBANG

Sehingga kini, Parti Warisan masih tidak berminat untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti bagi menubuhkan kerajaan negeri sekiranya berjaya menguasai beberapa kerusi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Sebaliknya, kami mahu terus menjadi pembangkang bagi memperjuangkan kepentingan serta hak-hak rakyat serta menjadi ‘semak dan imbang’ di Johor selepas ini.

Calon-calon yang parti ketengahkan untuk bertanding dalam parti Warisan juga bukan ‘biasa-biasa’ sebaliknya berpengalaman dengan isu-isu tempatan dan dekat dengan masyarakat.

Dalam masa yang sama, kita masih lagi menerima pelawaan dari parti-parti politik sampai sekarang tapi kita tidak berminat. Matlamat kita hendak jadi pembangkang bagi ‘check and balance’ kerana kita tahu dan sedar ada banyak ketirisan di peringkat negara dan juga negeri, kerana itu juga kita perlu menjadi semak dan imbang.

Bayangkan jika kemenangan untuk satu parti sahaja 100 peratus? Apakah yang akan terjadi? Kita sudah nampak pengalaman selama 60 tahun dahulu, langsung tidak ada ‘check and balance.

Kerana itu juga Warisan tampil untuk menjadi suara rakyat bagi memastikan adanya semak dan imbang ini. Itulah objektif dan matlamat kita, perjuangan untuk rakyat dan demi rakyat.

Siapa kata kami tidak beri peluang? Ketika pilihan raya di Sarawak, kita beri peluang. Ketika PRN di Melaka juga kita beri peluang. Tapi apa yang terjadi? Saya sendiri pernah tandatangan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Kita lihat sendiri bagaimana PH sendiri ditolak oleh rakyat dalam dua PRN. Jadi apa maksudnya? Rakyat mahukan perubahan dan kini mereka juga menolak PH. Kerana itu kita tampil beri satu lagi platform kepada rakyat yang berbilang kaum, agama dan bangsa. Malaysia ini milik semua.

Bagaimanapun, untuk memenangi kerusi oleh calon-calon Warisan bukanlah sesuatu yang mudah kerana Warisan masih baharu dan mereka perlu bekerja keras untuk dikenali rakyat.

Saya rasa kita ada peluang, saya tidak dapat agak kerusi mana yang boleh menang, kita tidak boleh teka tetapi saya juga tahu rakyat mahukan perubahan yang akhirnya membawa kepada kebaikan untuk mereka.

Ini bukan mudah tetapi pada masa sama, kita juga akan tahu tahap kita, PRN Johor ini adalah ujian buat kita hadapi Pilihan Raya Umum ke-15 kelak.

*kredit: Malaysia Gazzette

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published.