Edit Content

Selamat Pengantin Baharu

Beban Ibu Bapa Jadi Ringan

Jaga Kanak-Kanak Tanggungjawab Bersama

Keperluan Depo Logistik Bencana Di Tawau

Dapur ke Dapur bersama Wanita Kampung Gabungan, Muhibbah Raya

Rina Jainal Umum Letak Jawatan, Kekal Berjuang Di Kukusan

Rina Pertikai Tindakan PHRS, Dakwa Dihalang Jadi Calon Kukusan

Lepak Santai Bersama Belia Kukusan (Vol. 2)

Salam Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Ajesman Bin Tangsi

Lepak Santai Bersama Belia Kukusan

 Keperluan Depo Logistik Bencana Di Tawau

Usai taklimat bersama JPKA semalam, saya berkesempatan melawat Depo Penyimpanan dan Pengurusan Logistik yang menjadi pusat penyelarasan bantuan bencana di Kota Kinabalu.

Melihat sendiri operasi depo ini dengan sistem penyimpanan yang teratur, kelengkapan mencukupi dan pasukan yang sentiasa bersiap siaga benar-benar menunjukkan betapa pentingnya kemudahan seperti ini.

Ia menguatkan keyakinan saya bahawa Tawau juga memerlukan pusat logistik yang sama bagi memastikan kesiapsiagaan bencana di Pantai Timur berada pada tahap terbaik.

Tawau merupakan pintu masuk utama bagi penyelarasan bantuan ke daerah sekitarnya seperti Semporna, Kunak dan Lahad Datu.

Tanpa depo logistik yang khusus, proses penghantaran bantuan akan bergantung sepenuhnya kepada Kota Kinabalu, sekali gus memanjangkan masa respon ketika kecemasan.

Sebuah depo di Tawau bukan sahaja mempercepatkan penghantaran bantuan, tetapi juga memastikan stok kecemasan sentiasa bersedia terutamanya ketika banjir, kebakaran besar atau situasi luar jangka lain.

Saya percaya pembinaan depo seumpama ini adalah keperluan strategik yang perlu dilihat dengan serius demi keselamatan dan kebajikan rakyat Pantai Timur Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2025, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.