Mesyuarat Khas Pengurusan Bencana Daerah (Covid-19),  PKPD di Kg Sentosa Blok 5 Hill Top

Pagi tadi saya telah terlibat dalam Mesyuarat Khas Pengurusan Bencana Daerah (Covid-19) melalui persidangan online di atas pelaksanaan PKPD di Kg Sentosa Blok 5 Hill Top. Daripada 10 suspek, 8 adalah positif juga berlanjutan dari ziarah acara hari raya.

Pengagihan bakul makanan sudah dipastikan akan disalurkan pada atau sebelum 7hb.

Dalam mesyuarat yang sama melalui YB ADUN Balung saya mohon disampaikan kepada Pengarah UPPM Negeri agar UPPM terlantik di setiap DUN memainkan peranan dan tanggungjawab dalam bertindak di lapangan membantu kerajaan negeri mempercepatkan usaha vaksinasi.

Ramai warga emas yang masih belum berdaftar kerana tiada akses kepada MySejahtera. Penglibatan pemimpin-pemimpin kampung sudah seharusnya dilihat agresif melakukan ‘outreach’ mengenalpasti mereka ini.

Mesyuarat berlangsung dari 10.30-12.30 tengahari dan telah dipengerusikan oleh Presiden MPT, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah.

YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.