Keluhan Kesukaran Berurusan Di Pejabat JPN Tawau

Saya banyak menerima keluhan awam mengenai kesukaran berurusan di Pejabat JPN Tawau.

Awalnya, saya menganggap kesukaran itu disebabkan SOP COVID-19, seperti yang berlaku ditempat lain.

Namun, apabila melihat warga emas, ibu mengandung, malah yang telah membuat temujanji awal, terpaksa ikut beratur lama sebelum dapat melakukan urusan masing-masing, sesuatu perlu diperbetulkan.

Mungkin ada barisan khas untuk golongan ini, kerana mereka ‘special case’, dan tidak dapat menunggu lama.

Ada juga aduan diterima berkaitan birokrasi yang mana orang ramai terpaksa ke JPN Kota Kinabalu untuk menyelesaikan urusan mereka selepas dikatakan tidak dapat diselesaikan.

Bukan niat saya untuk melakukan serangan terhadap satu-satu agensi kerajaan. Untuk pengetahuan semua, isu kesukaran berurusan di JPN Tawau juga antara masalah yang banyak disampaikan orang ramai kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) pada November lalu, bagi membolehkan badan itu melakukan tindakan sewajarnya.

Justeru, sebagai wakil rakyat, saya juga bertanggungjawab untuk membawa isu ini ke Sidang DUN Sabah kerana mahu masalah orang ramai ini berjaya di atasi.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.