Gangguan Bekalan Air Di Bandar Tawau dan Kawasan Sekitar

SEHARI dua ini, kita diuji dengan gangguan bekalan air akibat paip pecah di Jalan Utara. Akibat masalah luar jangka itu, ia menyaksikan ramai yang terjejas kerana mungkin kurang bersedia berdepan situasi begini.

Di peringkat Parti Harapan Rakyat Sabah , Pejabat ADUN N70 Kukusan dan UPPM N.70 Kukusan , kami berusaha hadir dengan beberapa perancangan bagi membantu kawasan yang terjejas. Bantuan bekalan air disalurkan mengikut keperluan dan Hospital Besar Tawau menjadi keutamaan selepas mengambil kira keperluan air untuk operasi dan pesakit di sana.

Dalam masa sama pelbagai agensi kerajaan termasuk Parlimen Kalabakan juga memainkan peranan masing-masing bagi mengatasi masalah ini dengan segera.

Justeru, diharapkan semua tempat yang terjejas sudah kembali pulih seperti biasa. Bagaimanapun, jika masih ada kawasan yang belum mendapat bekalan air, sila maklumkan kepada kami untuk tindakan susulan.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.