Adu Secara Rasmi Kepada MAVCOM

Berhubung isu penerbangan baru-baru ini, orang ramai yang terjejas boleh membuat aduan secara dalam talian ke laman web/apps Mavcov.
Sediakan dokumen sokongan seperti tiket penerbangan, maklumat penangguhan dan sebagainya.

Pengerusi Eksekutif Mavcom Saripuddin Kasim berkata pengguna yang menghadapi kelewatan atau masalah penerbangan dan tidak mendapat layanan yang sewajarnya diminta membuat aduan rasmi kepada syarikat penerbangan berkenaan.

Selain itu, pengguna digalakkan untuk mengemukakan aduan mereka kepada Mavcom melalui laman web FlySmart di www.flysmart.my atau aplikasi mudah alih FlySmart bersama-sama dengan dokumentasi yang berkaitan bagi memudahkan penyiasatan.

KPDNHEP turut berkongsi hak dan tuntutan atau ganti rugi yang boleh diperoleh pengguna penerbangan sekiranya berlaku penangguhan jadual seperti yang dihadapi sebelum ini.

Jadi gunakan saluran ini sebaiknya demi menuntut hak anda.

RINA HJ JAINAL
ADUN N70 KUKUSAN
12 Mei 2022

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.