Selamat Hari Raya Aidil Adha 1442H/2021M

Assalamualaikum wwt
Salam sejahtera
Salam Hari Raya Aidiladha

Syukur alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk meraikan Hari Raya Korban sekali lagi di atas muka bumi Allah.

Ini tahun kedua kita meraikannya dalam Pandemik COVID-19, pastinya kita mengharapkan sesuatu yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Alhamdulillah, biarpun kita berdepan kesukaran yang tidak pernah terbayangkan malah tidak pernah dirasai sebahagian daripada kita khususnya generasi muda, tapi inilah antara pengalaman hidup untuk kita terus istiqamah dan redha sebagai hamba Allah.

Di hari yang mulia ini, mengangkat konsep ‘korban’ semoga pengorbanan kita hari ini dalam mematuhi SOP yang ditetapkan, menjaga diri, menjaga penjarakan dan sebagainya dapat membantu kita bebas daripada belenggu COVID-19 dalam kadar segera.

Saya susun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf kepada suami, ibu, anak-anak, keluarga, penduduk Kukusan khususnya dan semua pihak atas segala kesilapan serta kekurangan diri selama ini.

Semoga Aidiladha ini membawa 1001 keberkatan dan rahmat buat kita semua.

YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.