Peniaga Jual Ayam Untung 20 Sen

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Kesibukan dalam menyesuaikan diri dengan bulan Ramadan, sedikit menuntut saya untuk memberi perhatian terhadap keluarga dan beribadah.

Namun, beberapa isu sebenarnya menarik perhatian saya, dalam tempoh beberapa hari ini dan terbaharu mengenai video peniaga ayam segar di Pasar Cabang Tiga Kuala Terengganu yang dikompaun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kerana menjual ayam melebihi harga siling RM8.90 yang ditetapkan.

Mengikut aduan diterima modal peniaga membeli ayam mentah berkenaan sekitar RM8.70 malah ada yang RM8.90. Malangnya harga kawalan yang ditetapkan KPDNHEP pula RM8.90.

Kalau saya peniaga itu, boleh gugur rambut sebab banyak kali garu kepala macam mana mahu menjana keuntungan.

Isu kenaikan harga barangan khususnya di Bazar Ramadan turut berlaku di Tawau. Jika kita berbicara tentang ayam, harga ayam di Tawau sejak dulu lagi memang jauh mahalnya berbanding harga di Semenanjung.

Dari bahagian sayap ayam, paha, dada dan sebagainya (ayam mentah), ada yang mencecah sehingga RM16 sekilogram.

Malah, boleh dikatakan penduduk Tawau hanya geleng kepala tanpa banyak rungutan kerana itulah realiti yang dihadapi penduduk di sini.
Sama juga kisahnya dengan gangguan bekalan air dan elektrik yang lama, boleh dikatakan sudah lali berdepan masalah ini kerana ia sudah lama berlaku dan masih berlaku sehingga kini.

Bagi saya, kita tidak boleh menunding jari sepenuhnya baik kepada peniaga dan pembeli. Ini kerana kos barang mentah peniaga mungkin mahal disebabkan kenaikan harga barang.

Begitu juga pembeli, kerana kita berhak untuk membeli atau tidak berdasarkan harga yang ditawarkan. Pilihan ditangan kita.

Namun, sebagai kerajaan, menjadi tanggungjawab untuk memastikan kebajikan rakyat tidak kira pembeli atau peniaga terjamin sewajarnya.
Cari di mana punca berlakunya masalah ini, jangan sekadar mahu melepaskan batuk di tangga dan mudah menjadikan orang lain sebagai si pesalah.

RJ
ADUN N70 KUKUSAN
8 April 2022

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.