Mengedarkan Lebih 700 Kalender 2022 Dalam Dua Program Berasingan

Kenyataan Media
16 Januari 2022

Pejabat ADUN N70 Kukusan berjaya mengedarkan lebih 700 kalender 2022 dalam dua program berasingan pada Sabtu dan Ahad ini.

Dalam program walkabout pertama, saya bersama kakitangan Pejabat ADUN N70 Kukusan dibantu hampir 30 Wanita, Wira dan Wirawati P191 Kalabakan telah bergerak secara berkumpulan sekitar pusat bandar Tawau, pada Sabtu, jam 8 malam.

Bermula dari kawasan Down Town Tawau, kami bergerak ke Tapak 100 Tahun sebelum tiba di Pasar Malam Chester bagi bertemu orang ramai dan peniaga di sana.

Kemudian, sekitar jam 7 pagi tadi, kami sekali lagi berkumpul di bandar Tawau dan bergerak di sekitar Pasar Tamu Sabindo yang diadakan pada setiap hari Ahad sebelum bergerak ke arah Hill Top bagi bertemu penduduk dan peniaga di sana.

Kami turut mengedarkan kalender di samping beramah mesra dengan orang ramai termasuk sebahagiannya adalah pengundi dan penduduk di mukim Kukusan.

Program selama dua hari ini mendapat kerjasama daripada Pejabat ADUN N69 Sri Tanjong menerusi wakil rakyatnya YB Justin Wong yang mana turut sama mengedarkan kalender mereka kepada orang ramai.

Terima kasih kepada pihak YB Justin Wong kerana sentiasa sudi menjalin kerjasama dengan saya untuk program-program kemasyarakatan begini. Saya berharap agar kerjasama begini dapat diteruskan dari semasa ke semasa.

Program ini juga membolehkan saya lebih mendekati rakyat terutamanya dalam mendengar sendiri denyut nadi mereka.

Itu antara sebab mengapa saya lebih gemar untuk turun bertemu rakyat berbanding rakyat datang bertemu dengan saya. Ini kerana ia dapat membantu saya lebih mengenali masyakat sekitar khususnya membabitkan pengundi Kukusan.

Selain beramah mesra, saya juga dapat menyelami serba sedikit masalah mereka termasuk peniaga yang berdepan masalah kenaikan harga barang. Sudah tentu ia akan mempengaruhi harga jualan mereka sekali gus memberi kesan kepada pembeli.

Dalam masa sama, saya kagum melihat peniaga sentiasa mematuhi peraturan dan SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Saya berharap agar akan ada lagi program sebegini diadakan bagi membolehkan kami terus mendekati rakyat.

RINA HJ JAINAL
ADUN N70 Kukusan

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.