Isu Perjanjian Pemuliharaan Alam Semula Jadi (NCA) Sabah

Sehari dua ini hangat di media arus perdana mengenai isu NCA di Sabah yang dikatakan tidak dibuat secara telus dan terbuka oleh GRS.

Menerusi laporan media bertajuk JEFFREY DAKWA SHAFIE BERBOHONG PASAL NCA, Timbalan Ketua Menteri itu gagal menjawab soalan sama ada NCA sudah dibincangkan dan dibentangkan di peringkat Dewan Undangan Negeri atau belum.

Bagaimana Kerajaan Negeri boleh membenarkan pegawai kerajaan bukan bertaraf menteri boleh menandatangani perjanjian besar itu sedangkan Timbalan Ketua Menteri hanya bertindak sebagai saksi.

Dalam persidangan DUN Sabah pada 8 Disember lalu jelas melihat Menteri berkaitan tidak menjawab soalan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dengan segera sebaliknya ‘pusing-pusing’ sehingga beberapa kali ditegur Speaker Dewan ketika itu (minit 11:20:00).

Jika benar telus, maka sila direct to the point menjawab soalan-soalan berkaitan.

Bayangkan projek besar begitu diberikan kepada syarikat asing berpangkalan di Singapura dan tidak mempunyai pengalaman dalam bidang karbon kredit.

Mungkin alasan Menteri GRS memilih syarikat asing itu disebabkan ‘link’ mereka dengan syarikat/pembida luar, tetapi itu bukanlah ticket untuk Menteri GRS tidak mengambil kira pengalaman atau latar belakang perniagaan syarikat berkenaan.

Kita tidak mahu projek ini bila tidak berjaya atau tinggal sekerat jalan macam Sky Bridge di Kota Kinabalu, kesannya kembali kepada Sabah dan rakyatnya.

Seperkara lagi, Menteri GRS juga perlu menjawab segala persoalan dan tuduhan seperti yang dilaporkan dalam media antarabangsa Al Jazeera.

Jangan ulang perangai lama, jadi Menteri untuk kaut keuntungan peribadi.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.